SELAMAT DATANG

Segala yang terpahat dan tertulis di halaman ini adalah hasil naluri dan pandangan individu,kekadang ada mencuit sebarang isu dan sebarang watak,menguris perasaan,terkasar bahasa dan sebagainya yang sewaktu dengan nya,maka abaikanlah...

Monday, 5 September 2011

Hari raya Aidilfitri telah berlalu

Pada 30 Ogos 2011 yang lalu,kita semua menyambut hari raya puasa ataupun hari raya aidilfitri.Semua bergembira.Anak-anak aku juga bergembira.
Dalam bergembira betapa pilu rasanya bila berhari raya tanpa kedua ibu bapa.Ibu telah pergi 2 tahun yang lepas.Semasa persiapan menyambut hari pertama puasa 2010,Emak telah pergi buat selama-lamanya.Puasa pertama tanpa emak.
Dua tahun beraya tanpa emak dan 4 tahun tanpa apak...
Alfatihah dan kulhu..mie hadiahkan pada mak dan apak...sebagai tanda kasih dan sayang.Setiap saat dan sesudah solat,sentiasa mie pohonkan doa mudah-mudahan Allah kasihkan mak dan apak sebagaimana kasihnya mak dan apak pada mie masa kecil dulu.Doa ini turut diaminkan oleh syamil,syafiq afendi,nur balqis dan nur adawiyah serta menantu mak dan apak..juliana.
Hari sebelum raya..semasa orang sibuk memasak..anak-anak dan isteri berada dirumah tok dan pahnya di Bekor,mie telah sempat menziarahi pusara mak dan apak di Jeliang.Mie taburkan daun-daun pandan serta bunga-bunga kertas warna merah,kuning dan putih yang berada dilaman rumah mie keatas pusara mak dan apak.Puas rasa hati bila pulang dari pusara mak dan apak.
Pada pagi raya..seperti biasa telah 10 tahun setiap pagi raya teman bekoje di masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah Kuala Kangsar.Rindu juga untuk besolat hariraya di masjid Kg Guar..tapi ramai yang tak perasan akan ketiadaan aku di Masjid Guar..siapalah teman nie.Mujur juga isteri dan anak2 dan faham tugas teman nie.Lepas kul 12tgh baru beraya bersama anak isteri.



Rumah abang dan kakak lah yg menjadi tempat persinggahan dan tempat bertandang.Pergi ziarah abang dan adik apak di Jeliang.Itulah dua orang lagi yang tinggal adik beradik apak.Belah mak cuma tinggal Chu.Ptg tu cuba nak pegi rumah chu..jalan dah betul tapi tak jumpa rumahnya.Dah lama rasanya tak pegi rumahnya,ingat-ingat lupa dan langsung tak ingat dan lupa terus mana satu rumahnya.Isteri aku pun tak pernah pegi dan kubawa semenjak kawin ke rumah chu.Adawiyah pun dah darjah dua.Chu lah seorang lagi adik mak yang masih ada.Adik lelakinya dah lama meninggal cuma tinggal isterinya dan anak-anaknya sahaja di Kg Lempo.   
Masa memang pantas,banyak rumah yang ingin diziarahi tak sempat nak kunjunggi.Ingin sekali aku menziarahi sepupu apak..pak din di serapuh..dengo cerita dah pakai pampers sebab sakit lutut tak larat nak jalan ke bilik air.Pak Din tu dulu sangat rapat dengan apak.Ingin juga aku bertandang dan berjumpa dengan cikgu Din sahabat aku semasa aktif dalam belia 4B tak sempat juga.Ingin juga berjumpa dengan Hairi(aie)di padang rengas sahabat dan seguru masa belajar silat dahulu.Banyak rumah saudara mara di kampung tak dapat di ziarahi.Maklumlah bila dah berkeluarga..kena juga mengikut isteri beraya kerumah saudara maranya juga.Nak kerumah kawan,aku memang tak ada kawan yang sehati dan sejiwa dikampong.Sebab aku tak merokok,tak berganja,tak berjudi,tak melepak ,tak merempit dan aku memang dari kecil,mak aku tak galakkan aku keluar brmain dengan budak-budak kampong.Kira aku terkawal jugalah.  

No comments:

Post a Comment