SELAMAT DATANG

Segala yang terpahat dan tertulis di halaman ini adalah hasil naluri dan pandangan individu,kekadang ada mencuit sebarang isu dan sebarang watak,menguris perasaan,terkasar bahasa dan sebagainya yang sewaktu dengan nya,maka abaikanlah...

Friday 9 September 2011

Syamil dah pandai merangkak dan duduk

Syamil dah boleh merangkak kesana kemari dengan pantasnya.kalau ada benda di depan pasti laju dia mendapatkannya.Benda-benda yang kecil dah tak boleh berselerak di lantai.Jika ada abis dimasukkan didalam mulut.
Bukan itu saja..dah pandai nak duduk..kadang-kadang tu nak nak belajar berdiri.Berpaut pada kerusi ataupun benda-benda yang tinggi.


Kadang-kadang kesian tengoknya dibuli oleh si Syafiq.Tarik telingga,tolak kepala dan kadang-kadang di timang dan di hempas kelantai.Mungkin Syafiq masih cemburukan Syamil.
Ini dia gambo pembulinyer.............................

Monday 5 September 2011

Hari raya Aidilfitri telah berlalu

Pada 30 Ogos 2011 yang lalu,kita semua menyambut hari raya puasa ataupun hari raya aidilfitri.Semua bergembira.Anak-anak aku juga bergembira.
Dalam bergembira betapa pilu rasanya bila berhari raya tanpa kedua ibu bapa.Ibu telah pergi 2 tahun yang lepas.Semasa persiapan menyambut hari pertama puasa 2010,Emak telah pergi buat selama-lamanya.Puasa pertama tanpa emak.
Dua tahun beraya tanpa emak dan 4 tahun tanpa apak...
Alfatihah dan kulhu..mie hadiahkan pada mak dan apak...sebagai tanda kasih dan sayang.Setiap saat dan sesudah solat,sentiasa mie pohonkan doa mudah-mudahan Allah kasihkan mak dan apak sebagaimana kasihnya mak dan apak pada mie masa kecil dulu.Doa ini turut diaminkan oleh syamil,syafiq afendi,nur balqis dan nur adawiyah serta menantu mak dan apak..juliana.
Hari sebelum raya..semasa orang sibuk memasak..anak-anak dan isteri berada dirumah tok dan pahnya di Bekor,mie telah sempat menziarahi pusara mak dan apak di Jeliang.Mie taburkan daun-daun pandan serta bunga-bunga kertas warna merah,kuning dan putih yang berada dilaman rumah mie keatas pusara mak dan apak.Puas rasa hati bila pulang dari pusara mak dan apak.
Pada pagi raya..seperti biasa telah 10 tahun setiap pagi raya teman bekoje di masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah Kuala Kangsar.Rindu juga untuk besolat hariraya di masjid Kg Guar..tapi ramai yang tak perasan akan ketiadaan aku di Masjid Guar..siapalah teman nie.Mujur juga isteri dan anak2 dan faham tugas teman nie.Lepas kul 12tgh baru beraya bersama anak isteri.



Rumah abang dan kakak lah yg menjadi tempat persinggahan dan tempat bertandang.Pergi ziarah abang dan adik apak di Jeliang.Itulah dua orang lagi yang tinggal adik beradik apak.Belah mak cuma tinggal Chu.Ptg tu cuba nak pegi rumah chu..jalan dah betul tapi tak jumpa rumahnya.Dah lama rasanya tak pegi rumahnya,ingat-ingat lupa dan langsung tak ingat dan lupa terus mana satu rumahnya.Isteri aku pun tak pernah pegi dan kubawa semenjak kawin ke rumah chu.Adawiyah pun dah darjah dua.Chu lah seorang lagi adik mak yang masih ada.Adik lelakinya dah lama meninggal cuma tinggal isterinya dan anak-anaknya sahaja di Kg Lempo.   
Masa memang pantas,banyak rumah yang ingin diziarahi tak sempat nak kunjunggi.Ingin sekali aku menziarahi sepupu apak..pak din di serapuh..dengo cerita dah pakai pampers sebab sakit lutut tak larat nak jalan ke bilik air.Pak Din tu dulu sangat rapat dengan apak.Ingin juga aku bertandang dan berjumpa dengan cikgu Din sahabat aku semasa aktif dalam belia 4B tak sempat juga.Ingin juga berjumpa dengan Hairi(aie)di padang rengas sahabat dan seguru masa belajar silat dahulu.Banyak rumah saudara mara di kampung tak dapat di ziarahi.Maklumlah bila dah berkeluarga..kena juga mengikut isteri beraya kerumah saudara maranya juga.Nak kerumah kawan,aku memang tak ada kawan yang sehati dan sejiwa dikampong.Sebab aku tak merokok,tak berganja,tak berjudi,tak melepak ,tak merempit dan aku memang dari kecil,mak aku tak galakkan aku keluar brmain dengan budak-budak kampong.Kira aku terkawal jugalah.  

Tuesday 23 August 2011

Anak dan anak saudaraku


Ini adalah gambo anak aku dan anak saudaraku..dah beso dema...
Dulu budak pompuan inilah yang aku dukong yang aku belai..kadang2 atas tangan aku di kencingnya.Masa dema umur 1hari hingga 3-5th..akulah tempat bermanjanya.
Maklumlah aku adalah penanam buah anggur...koje x tetap,macam biskut cipsmo..kejap ader kejap tak mandang.
Banyak yang boleh cerita..tapi biarlah berlalu sebagai kenangan abadi seumur hidup.

Monday 22 August 2011

Ceramah di SMK (P)Treacher Methodist,Taiping

Pada pagi tadi 15 Ogos 2011 bersamaan 15 Ramadhan 1432,Sekolah Menengah Perempuan Treacher Methodist,Taiping telah mengadakan sambutan hari kempen kibar jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan.
Teman telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk :Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera-yang menjadi tema hari kemerdekaan tahun ini.
Mengikut surat jemputan ceramah jam 7.30pagi dan berakhir 8.00pg(setengah jam sahaja).
Tepat jam 7.25pg teman sampai setelah selesai menghantar anak-anak ke sekolah.Disambut oleh penolong kanan ko-kurikulum dan membawa mengadap Pengetua di bangunan atas.Tandatangan buku pelawat dan seterusnya bersama pengetua ke Padang Perhimpunan yang menanti 800 org pelajar.
Perasaan gemuruh,gementar,takut dan rendah diri bermain dalam fikiran.Doa dipanjatkan didalam hati.
Program dimulakan dgn doa,4 buah lagu ,Ikrar dan ucapan Pn Norliza bt Dato Sulaiman,Pengetua Sekolah.Setelah itu upacara memotong tali belon yg berada di tengah2 padang.Teman ikut serta sebagai pengiring dan tetamu sekolah.
Setelah itu barulah bermulanya sessi ceramah.Teman sempat bertanya pada pn pengetua berapa minit sebab waktu menunjukkan jam 7.50pg.Pengetua mengatakan tuan ceramah 10minit sudah le sebab pukul 8.00pg semua pelajatr masuk kelas.
Berkata dalam hati..10minit mana cukup..mukaddimah sahaja hampir 10mnt....dan aku lajak ke 20mnt....
Dapatlah..2 buku nota ,2 pen dan 1 cup...hihiii..
Alhamdulillah..reaksi yang dilihat..macam berpuas hati...ada fakta,ada auta,ada lawak ada mesej
Fakta-peristiwa kemerdekaan negara,laungan merdeka pada 31 Ogos 2011(20 ribu org hadir,bermula jam 9.30pg,semua raja2 Melayu,dan Wakil Inggeris),Pengistiharaan Kemerdekaan Tanah Melayu,laungan 7x Merdeka,naikkan jalur gemilang(bendera Malaysia),Lagu Negaraku(pancaragam tentera laut),dan Azan(TS Hassan Ashaari).
Auta-jumpa warga emas yg sedang gantung jalur gemilang,pasai koi-koi pasar ramadhan,koi raya.
Lawak-cerita antara cucur udang dan cucur badak(semua gelak termasuk guru-guru).
Mesej-balik rumah gantung jalur gemilang.hiasi rumah dan kenderaan dengan jalur gemilang.
Selesai ceramah..pn pengetua ucapkan berbanyak terima kasih..dan kepulangan dihantar samapi ke kereta.
Terima kasih pada pn pengetua dan guru-guru SMK(P)Treacher Methodist,Taiping atas jemputan dan kalau ada salah dan silap..kemaafan di pinta.